Thursday, December 2, 2010

Bengkel Kemahiran Berpersatuan dan Watikah Perlantikan 2010

Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB) dengan kerjasama UTM Biosciences & Bioengineering Post-Graduate Society telah menganjurkan ‘Bengkel Kemahiran Berpersatuan dan Watikah Perlantikan’ pada hari Selasa dan Rabu yang lalu bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. 

Bengkel tersebut dihadiri oleh 22 orang mahasiswa undergraduate yang mewakili kelab Symbiosis dan seramai 21 orang mahasiswa post-graduate yang mewakili kelab PostGrad Society.
 
Bengkel yang diadakan selama dua hari itu adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada barisan baru kelab fakulti tentang selok belok pengendalian persatuan, terutamanya dari segi pengurusan mesyuarat, kaedah pemfailan effektif dan perincian tugas setiap exco. 

Selain daripada mendengar pengisian, mahasiswa-mahasiswa juga dipertanggugjawabkan untuk menyiapkan portfolio peribadi dan juga portfolio kelab masing-masing untuk tujuan pemfailan. Usaha sebegini adalah antara langkah proaktif En. Nik Ahmad Nizam, selaku penasihat kelab fakulti untuk memastikan organisasi dan pengurusan kelab fakulti dapat diselia dengan sistematik dan terancang. 

Bengkel dua hari tersebut diakhiri dengan majlis watikah perlantikan yang telah dirasmikan oleh Dr Salehhuddin Hamdan, Ketua Jabatan post-graduate FBB. 

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa kelab Symbiosis dan PostGrad Society yang telah dilantik menerajui kelab bagi sesi ini. Semoga kepimpinan anda akan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan tenaga kerja FBB!

Fail Gambar Bengkel
Fail Gambar Watikah Perlantikan

2 comments:

  1. kenapa letak post graduate?kenapa bukan pasca ijazah?kalau nak letak bahasa inggeris tolong letakkan "" supaya lebih jelas.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran anda. Mungkin anda tidak perasaan yang kami telah 'italic-kan' semua bhs english dalam post ini. sekian harap maklum =)

    ReplyDelete